fbpx

Rugi RM1,900 ditipu beli dua iPhone 11

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang gadis berusia 20 tahun di Taman Pauh Jaya, Prai di sini berputih mata apabila kerugian wang sebanyak RM1,900 dipercayai selepas menjadi mangsa penipuan penjualan telefon pintar jenis iPhone pada harga murah baru-baru ini

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa mula terjerat dalam penipuan itu selepas melayari laman sosial Instagram dan melihat iklan menjual iPhone.

“Dia yang bekerja di sebuah kedai perkakasan rumah telah melihat iklan iPhone 11 yang dijual pada harga murah di Instagram.

“Gadis itu berminat membeli telefon berkenaan yang ditawarkan pada harga RM950 seperti yang diiklankan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangsa telah berurusan dengan penjualnya melalui aplikasi WhatsApp kerana berminat dengan tawaran itu dan mahu membeli dua unit.

“Sejurus menyatakan persetujuan, mangsa kemudian membuat bayaran melalui satu transaksi memasukkan wang berjumlah RM1,900 ke dalam akaun diberikan suspek pada hari yang sama.

“Mangsa bagaimanapun menyedari dia ditipu selepas nombor telefonnya disekat oleh penjual tersebut selain tidak memperolehi telefon berkenaan sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI