fbpx

Bangkai ayam pun jual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Wazir memeriksa bangkai ayam yang ditemui dalam sangkar yang ditempatkan dalam bilik air sebuah kedai runcit di Bukit Mertajam hari ini. - Foto SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Bangkai seekor ayam ditemui bersama beberapa ekor ayam hidup yang dijual di sebuah kedai runcit di Taman Perwira, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Ia ditemui di dalam bilik air di belakang premis semasa Operasi Caras yang dijalankan Jabatan Kesihatan negeri di lima buah kedai runcit di sekitar kawasan tersebut.

Ayam-ayam hidup berkenaan dipercayai untuk dijual kepada warga asing di kawasan perumahan itu.

Difahamkan, ayam mati tersebut tidak dijual, namun dipercayai tidak disedari peniaganya biarpun sudah berair.

Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP), Mohd. Wazir Khalid berkata, bangkai ayam berkenaan dijumpai di dalam bekas kurungan ayam yang masih hidup.

“Berdasarkan pemeriksaan, ayam terbabit dipercayai mati sejak empat hari lepas.

“Kita turut menemui peralatan penyembelihan ayam dan memang membimbangkan sekiranya mereka menjual ayam tercemar kepada pelanggan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan di sebuah premis lain turut mendapati bekalan air mineral disimpan di dalam tandas selain mengesan kesalahan tidak mempamerkan notis amaran minuman keras.

Beliau berkata, pihaknya turut mengeluarkan lima notis membabitkan nilai kompaun berjumlah RM22,500 pada operasi itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI