fbpx

Lesap RM10,000 ditipu lelaki menyamar kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki di Kepala Batas di sini kerugian RM10,000 apabila terpedaya dengan panggilan telefon daripada individu yang menyamar rakannya untuk meminjam wang baru-baru ini.

Difahamkan, mangsa berusia 60 tahun itu tidak menyedari penipuan tersebut apabila suara pemanggil berkenaan kedengaran persis kenalannya yang sebenar.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata pengurus cawangan di sebuah syarikat swasta itu mendakwa panggilan telefon tersebut dibuat kononnya oleh rakan mangsa bagi meminta bantuan.

“Suspek memberitahu beg duitnya telah dicuri dan mahu meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada mangsa.

“Oleh kerana menyangka ia adalah benar rakannya, mangsa telah membuat dua pindahan wang berjumlah RM10,000 ke dalam akaun yang diberikan tanpa membuat semakan terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Noorzainy berkata, mangasa bagaimanapun menyedari dia telah ditipu selepas menghubungi rakannya bagi bertanyakan mengenai wang tersebut sebelum tampil membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Noorzainy mengingatkan orang ramai agar membuat semakan nombor akaun terlebih dahulu di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM) di https:/ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi mengelak sebarang kes penipuan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI