fbpx

JBPM pindah pesakit guna helikopter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesakit dibawa masuk ke dalam helikopter bomba untuk diterbangkan ke Hospital Pulau Pinang di Kuantan hari ini.

Oleh KHAIRULMIZAN YAHYA

KUANTAN – Seorang pesakit kronik dari Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini terpaksa dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) menggunakan helikopter Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) hari ini.

Pesakit terbabit, Chiw Chia Voon, 45, dibawa menggunakan ambulans ke padang Ibu Pejabat JBPM Pahang dekat Indera Mahkota di sini sebelum berlepas dengan helikopter terbabit kira-kira pukul 10 pagi.

Difahamkan, Chia Voon mengalami kebocoran serta bengkak pada saluran darah utama dan terpaksa dipindahkan ke HPP berikutan HTAA tidak mempunyai peralatan yang lengkap untuk mengatasi masalah itu.

Isterinya, Kan Han Fong, 46, berkata, suaminya yang juga bekas jurugambar sebuah akhbar berbahasa cina dimasukkan ke HTAA kelmarin kerana mengalami kebocoran saluran darah utama di bahagian dada.

“Disebabkan masalah dihadapi suami agak serius dan pihak hospital pula tidak mempunyai peralatan sesuai untuk mengatasi masalah itu jadi mereka mencadangkan suami dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang.

“Saya hanya setuju kerana mahu suami segera dirawat dan bimbangkan keselamatannya,” katanya yang tinggal di Alor Akar, di sini.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Anuar Hassan berkata, penerbangan pemindahan perubatan oleh Unit Udara JBPM itu menggunakan helikopter jenis AW 139.

“Selain pesakit, tiga anggota perubatan dan seorang waris pesakit turut menyertai penerbangan itu yang dijangka mengambil masa kira-kira dua jam untuk tiba di lokasi dan ia juga adalah operasi Medevac pertama untuk tahun ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI