fbpx

Awalkan vaksin golongan artis – Zed Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZED ZAIDI

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mencadangkan pihak kerajaan agar mempertimbangkan untuk mendahulukan suntikan vaksin kepada golongan selebriti.

Tegas Zed atau nama sebenarnya, Rozaidi Jamil, 41, berkata, Seniman bersedia bekerjasama terhadap kerajaan bagi menjadi frontliner untuk membantu daripada sudut kempen vaksinasi Covid-19 melalui media sosial para selebriti.. 

“Negara luar turut menggunakan pengaruh golongan selebriti untuk membantu menyebarkan maklumat kebaikan vaksin buat rakyat. Kerajaan juga perlu melakukan perkara yang sama di sini.

“Kita ambil contoh paling dekat, seperti di Indonesia, mereka melantik selebriti sebagai ikon dan individu yang terawal untuk terima vaksin. Usaha itu dapat meyakinkan rakyat mereka bahawa vaksin itu selamat selain dapat menolak gerakan anti vaksin yang turut dilaungkan beberapa selebriti sebelum ini,” katanya kepada K! Online.

Tambah Zed, alangkah ruginya jika kerajaan tidak menggunakan pengaruh golongan selebriti seperti yang berlaku di Indonesia apabila ada dalam artis dipilih sebagai yang terawal menerima suntikan vaksin.

 “Rugilah apabila kerajaan tidak menggunakan pengaruh anak seni bagi menyebarkan pengetahuan dan kebaikan vaksin Covid-19 kepada rakyat.

“Seramai 7000 penggiat seni mendaftar di bawah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan pengikut mereka dalam media sosial juga turut meluas. Jadi, saya berharap kerajaan harus ‘menggunakan’ anak seni,” jelas Zed.

Zed mengulas mengenai keutamaan vaksin buat penggiat seni pada majlis sidang media Survival Pandemik Anak Seni yang berlangsung di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam. 

Dalam pada itu, Zed juga memohon kerajaan mempertimbangkan kekerapan ujian calitan yang terpaksa dilakukan golongan selebriti setiap kali hendak memulakan sesebuah projek baharu.

Seniman telah menerima banyak keluhan dan aduan daripada penggiat seni berhubung perkara tersebut. Dia berharap prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan penggambaran dapat dilonggarkan bagi meringankan beban golongan seniman terus berkarya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI