fbpx

Illi Najwa masih Islam, tak pernah keluar agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Illi Najwa di Pejabat Mados, Istana Bukit Serene, Johor Bahru hari ini. - Foto IHSAN ROYAL PRESS JOHOR

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Illi Najwa Anuar Hussein Saddique di Pejabat Mados, Istana Bukit Pelangi, di sini hari ini.

Illi Najwa sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila melangsungkan perkahwinan dengan Kapten Hoki India, Manpreet Singh Pawar pada tahun lalu yang didakwa berlainan agama.

Mengiringi bersama, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jainj), Datuk Md. Rofiki Shamsudin.

Pada pertemuan itu, Yahya turut mempersembahkan hasil siasatan Jainj berhubung status perkahwinan dan keagamaan Illi Najwa bersama pasangan.

Yahya berkata, siasatan secara menyeluruh telah dijalankan Jainj dan mendapati Illi Najwa masih Islam.

“Pihak Jainj telah memanggil Illi Najwa bersama ibunya serta beberapa saksi lain dan keterangan juga diambil daripada mereka.

“Hasil siasatan mendapati Illi Najwa tidak pernah keluar dari Islam, malah pada hari ini beliau (Illi Najwa) juga hadir bersama kami untuk mengadap Baginda Tuanku Sultan,” katanya kepada Royal Press Office (RPO) hari ini.

Pada Disember lalu, Sultan Ibrahim menitahkan Jainj dan Jabatan Mufti Johor menyiasat status terkini agama wanita berkenaan yang dilaporkan berkahwin dengan Kapten Hoki India.

Sultan Ibrahim bertitah, sebagai Ketua Agama Islam Johor, baginda bertanggungjawab memelihara kedudukan Islam supaya sentiasa terpelihara dan dipandang mulia selari dengan Perkara 57 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Perkara 3 Perlembagaan.

Dalam pada itu Yahya berkata, pendaftaran perkahwinan pasangan itu di Johor Bahru juga kini dalam proses.

“Tiada ada apa-apa masalah untuk didaftarkan perkahwinan mereka dan isu ini juga sudah selesai,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI