fbpx

Lee Tuck permata baharu skuad Sri Pahang FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE Tuck meraikan jaringannya ketika membantu Sri Pahang menewaskan Sabah FC 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, Kuatan kelmarin.

KETUA jurulatih Sri Pahang FC, Dollah Salleh memuji impak yang diberikan oleh pemain import berpengaruh, Lee Tuck dalam membantu pasukan melakar kemenangan pertama Liga Super selepas menewaskan Sabah FC 2-1 kelmarin.

Pada aksi di Stadium Darul Makmur itu, Lee Tuck berjaya menjaringkan satu gol manakala satu lagi jaringan skuad Tok Gajah telah dihasilkan menerusi Yevhen Bokhashvili.

Kata Dollah, aksi dan komitmen yang dipamerkan oleh pemain kelahiran England itu cukup positif apabila berjaya merencanakan setiap gerakan menyerang yang cuba dilakukan oleh anak-anak buahnya.

“Secara keseluruhan saya ­sangat gembira apabila semua pemain yang menunjukkan komitmen dengan peningkatan dari sudut prestasi terutamanya Lee Tuck yang agak menyerlah kali ini.

“Dia adalah ayam tambatan buat pasukan kami dan jika pasukan mahu melakar kemenangan, Lee Tuck memang perlu berada pada tahap 100 peratus dan dia telah buktikan pada aksi kali ini,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Sementara itu, Lee Tuck me­ngakui sangat lega apabila pasukannya berjaya menamatkan kemarau kemenangan selepas sering dibelenggu dengan isu di dalam dan di luar padang.

“Satu kelegaan untuk diri saya apabila pasukan dapat meraih tiga mata pertama. Kami sebenarnya sentiasa memperbaiki diri dalam setiap perlawanan dan dari aspek serangan juga bertambah baik.

“Pujian juga wajar diberikan kepada jurulatih (Dollah) dalam memupuk kembali tahap keyakinan pemain untuk tampil lebih bersemangat dengan menewaskan Sabah. Secara peribadi, saya juga gembira dapat menghasilkan satu gol kali ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI