fbpx

Mahu jual rumah kerana terlalu kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHAMAD ALI menunjukkan bekalan air yang diterima penduduk di Taman Seri Putera, Nibong Tebal sejak tiga tahun lalu.

SEBERANG PERAI – Lebih 200 penduduk di Taman Seri Putera, Nibong Tebal di sini, kini buntu akibat krisis air yang berlarutan sejak tiga tahun lalu.

Ketiadaan air nyata menyusahkan kehidupan mereka terutamanya bagi penduduk yang mendiami rumah dua tingkat jenis town house yang dibangunkan sejak 2014 sehingga ada yang berhasrat untuk menjual rumah kerana terlalu kecewa.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Seri Putera, Zihan Jaafar berkata, penduduk telah berulang kali membuat aduan berhubung isu itu, namun jawapan balas yang diterima se­ring kali menghampakan.

“Masalah air menjadi serius selepas beberapa fasa perumahan baharu dibangunkan di sini sejak tiga tahun lalu.

“Kebanyakan yang terkesan ialah mereka yang tinggal di tingkat atas kerana tekanan air yang terlalu rendah,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ujar Zihan, pemaju kawasan perumahan itu sedia maklum mengenai isu tersebut, namun mereka juga dikatakan sedang menunggu hasil siasatan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang mengenai punca sebenar masalah berkenaan.

Seorang penduduk, Mohamad Ali Sirad, 73, berkata, ada kalanya dia terpaksa menunggu hingga tengah malam semata-mata untuk mandi kerana tekanan air agak baik pada waktu itu.

Azhar Sulaiman, 36, pula memberitahu, dia terpaksa mengubah suai paip dalam rumahnya bagi membolehkan air daripada tangki tadahan mengalir terus ke paip sinkinya.

“Kadang-kala, saya terpaksa pulang ke kampung di Simpang Ampat setiap hujung minggu untuk mencuci pakaian ekoran ke­tiadaan air.

“Anak saya ada tiga orang yang bersekolah dan mereka pun seperti sudah lali jika tiada air atau air terlalu perlahan untuk mandi pada sebelah pagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI