LIVERPOOL – Ejen pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menolak dakwaan bahawa kliennya itu bersedia untuk meninggalkan Anfield ekoran masalah prestasi yang melanda pasukan itu musim ini.
Marc Kosicke mengakui, Klopp masih mempunyai tugas yang belum selepas bersama The Reds biarpun masa depannya menjadi persoalan ketika ini selepas Liverpool dilihat hampir pasti gagal untuk mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi musim lalu.
“Beliau masih belum selesai tugasnya di sini. Tidak ada jalan keluar dari pintu belakang. Klopp masih mempunyai baki kontrak selama tiga tahun bersama pasukan ini.
“Klopp sudah menjelaskan perkara ini. Sepatutnya tidak ada lagi spekulasi seperti ini ,” katanya.
Pada permulaan musim, segalanya nampak sempurna buat Klopp dan Liverpool apabila mereka berjaya mengungguli cara liga sebelum perayaan Hari Krimas terutama apabila berjaya menewaskan Crystal Palace 7-0 pada 19 Disember tahun lalu.
Bagaimanapun, nasib mereka berubah apabila mengalami siri kecederaan pemain pertahanan menyebabkan Klopp sudah tidak mempunyai banyak pilihan pemain dan terpaksa menggunakan pemain yang ada di posisi yang berbeza.
Liverpool hanya berjaya meraih empat kemenangan dalam 15 aksi terakhir dan tewas sebanyak enam kali dalam aksi di Anfield menyebabkan Manchester City berjaya mencuri kesempatan itu untuk mengungguli takhta liga.
Aksi terakhir menentang Wolverhampton Wanderers kelmarin sedikit melegakan Klopp apabila mereka berjaya meraih kemenangan 1-0 tetapi ketinggalan 25 mata di belakang City. –AGENSI