fbpx

United perlu skuad lengkap – Solskjaer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGBA yang terlepas beberapa perlawanan sebelum ini akibat masalah kecederaan sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan itu. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengharapkan beliau mampu untuk mendapatkan skuad terbaik menjelang minggu yang cukup getir buat pasukan itu.

United akan terbang ke San Siro pada awal pagi Jumaat berdepan AC Milan pada aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Liga Europa sebelum kembali semula ke England untuk membuat persiapan menentang Leicester City pada saingan suku akhir Piala FA.

“Ia minggu yang penting, Liga Europa dan Piala FA. Saya berharap beberapa pemain yang cedera sebelum ini akan kembali ke pangkuan pasukan dan mampu memberikan aksi terbaik.

“Saya harap lima daripada mereka, David De Gea, Donny Van De Beek, Edinson Cavani, Paul Pogba dan mungkin Anthony Martial kembali cergas sepenuhnya untuk memperkuatkan pasukan ini,” katanya.

Ketika kehilangan beberapa pemain tonggak, United bernasib baik apabila berjaya meraih kemenangan ke atas West Ham United pada aksi lalu.

Dalam pada itu, United mungkin mampu menarik nafas lega apabila playmaker mereka, Pogba dalam satu muat naik di laman sosial Instagram mendedahkan bahawa dia sudah kembali pulih dan mula turun menjalani latihan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI