fbpx

Pembunuhan seperti makan roti canai bersama teh tarik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN
MOHAMAD AZLAN JAAFAR
PENGARANG KUMPULAN MEDIA MULIA

Sejak beberapa bulan lalu, negara digemparkan dengan banyak kes bunuh. Di Kota Tinggi, seorang pemandu jengkaut didakwa menembak isterinya di dada ketika tidur.

Mayat mangsa kemudian dimasukkan di dalam tong dengan bantuan seorang jiran pada awal pagi sebelum dibawa dan ditanam di sebuah ladang di kawasan Felda.

Baru-baru ini, seorang Pengurus Jabatan Advokasi, Pertubuhan Ikram Malaysia pula ditemui mati dengan lehernya dijerut di sebuah rumah di Taman Bangi. Seorang lelaki berkeluarga telah direman bagi membantu siasatan.

Di USJ pula, seorang wanita penjual kuih warga Indonesia menghentak kepala rakan senegaranya sehingga mati sebelum menyorokkan mayatnya di bawah katil. Malah, wanita itu tidur bersama suaminya dengan mayat mangsa berada di bawah katil.

Ini seperti kisah psikopat dalam filem Hollywood. Motif pembunuhan dikatakan kerana tekanan untuk membayar hutang berjumlah RM5,000.

Di Bangsar, seorang lelaki dibunuh selepas minum, manakala di Bentong, dua beradik ditahan bagi siasatan kes bunuh bapa mentua berusia 59 tahun dalam pergaduhan di Felda Mempaga 3, Lurah Bilut.

Itu belum lagi kisah pilu kematian Zubaidi Amir Qusyairi Abdul Malek berusia tujuh tahun atau dikenali sebagai ‘adik’. Ibu kandung dan bapa tiri kepada ‘adik’ yang mati dipercayai didera dihadapkan ke Mahkamah Majistret kerana menyebabkan kematian anak tidak berdosa itu.

Itu belum kisah pembunuhan lampau seperti jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh dengan kejam bersama tiga rakan yang lain di Morib, Selangor.

Kes bunuh sememangnya melariskan akhbar dan berita seperti ini mendapat perhatian. Tetapi ia juga menggambarkan the dark side masyarakat kita hari ini. Pembunuhan dilakukan dengan mudah.

Jika dibandingkan negara lain seperti Korea Selatan, Jepun, malah di China sekali pun, Malaysia mempunyai kes bunuh lebih tinggi bagi setiap 100,000 penduduk.

Mengikut laporan World Population Review, di Jepun kadar kes bunuh pada 0.2 untuk setiap 100,000 penduduk, Singapura (0.2), Hong Kong (0.3), Luxembourg (0.3), Indonesia (0.4), Norway (0.5), Oman (0.5), Switzerland (0.5), Emiriyah Arab Bersatu (0.5) dan China (0.6).

Walaupun Malaysia tidak seburuk sesetengah negara seperti Honduras, El-Salvador atau Venezuela, tetapi jika dibandingkan dengan negara lebih ramai penduduk seperti Vietnam, Korea Selatan atau Indonesia, data di Malaysia agak menakutkan. Keadaan ini berlaku ketika ada hukuman mati bagi kesalahan membunuh.

Peningkatan kes bunuh atau dengan mudah melakukan pembunuhan menjadi isu sosial dan bukan lagi hanya jenayah. Apabila dengan mudah mengambil nyawa seseorang hanya kerana cemburu atau hutang RM5,000 atau mendera sampai mati kanak-kanak berusia tujuh tahun, sesuatu sangat tidak kena dengan masyarakat sekeliling.

Mungkin lebih ramai anggota masyarakat ada tertanam ‘bahagian hitam’ yang cenderung membunuh daripada dijangkakan kita semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI