fbpx

Diberkas lepas lapan jam menyamun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GOMBAK –  Seorang lelaki tempatan ditahan bagi membantu siasatan selepas lapan jam menyamun di Taman Ehsan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita berusia 57 tahun.

“Pengadu mendakwa pada pukul 7.45 pagi, dia didatangi seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda sebelum meragut beg tangannya dan beredar.

“Suami dan jiran pengadu cuba mengejar suspek hingga ke jalan besar Taman Ehsan. Lelaki itu (suspek) terjatuh dan lari meninggalkan motosikalnya bersama beg tangan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Arifai, bertindak atas maklumat, pihaknya menahan suspek berusia 33 tahun pada pukul 3.30 petang semalam.

“Suspek ditahan di Kampung Selayang Lama, Kuala Lumpur dan siasatan mendapati jarak rumah mangsa dan tempat motosikal ditemui kira-kira 500 meter,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Arifai memberitahu, polis menjumpai beg tangan mangsa berdekatan motosikal suspek.

“Lelaki itu dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang dan dibenarkan reman  selama tujuh hari hingga 23 Mac ini untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI