PETALING JAYA – Peniaga dan pengunjung di Pasar Datuk Keramat berdepan detik cemas selepas berlaku kebakaran membabitkan deretan gerai di pasar berkenaan di sini hari ini.
Komander Operasi Kanan, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd. Suhaimi Mohd. Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.26 petang.
“Seramai 58 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keramat, BBP Setapak, BBP Wangsa Maju dan BBP Hang Tuah telah dikerah ke lokasi kejadian.
“Operasi pemadaman sedang giat dijalankan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya ringkas dalam satu kenyataan di sini hari ini. K! ONLINE.