fbpx

Arah karier, peribadi kini berbeza – Choa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHOA

BEKAS anggota kumpulan AOA, Choa mengakui hidupnya sekarang tidak sama seperti dahulu iaitu sebelum dia mengambil keputusan berehat panjang dalam industri.

Kata Choa, kini dia lebih menghargai hidup dan sudah pandai mengimbangi antara karier dan kehidupan peribadi.

“Sebelum ini, saya seorang yang sangat tekun bekerja. Seluruh jiwa saya ditumpahkan terhadap karier.

“Sekarang sudah berbeza. Saya akan pastikan keseimbangan ada antara kehidupan seorang selebriti dan juga individu,” katanya dalam temu bual bersama sebuah majalah.

Tambah penyanyi itu lagi, dia yang kini semakin aktif muncul dalam program televisyen laris dihujani tawaran lain termasuklah iklan.

“Selepas membuat kemunculan dalam program On and Off terbitan tvN, saya menerima banyak tawaran untuk iklan dan program televisyen.

“Jangan berhenti beri sokongan dan nantikan kemunculan saya dalam lebih banyak program televisyen selepas ini,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI