fbpx

Pogacar mahu cuti sebulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POGACAR mengharungi tempoh terbaik dalam karier apabila meraih dua kejuaraan musim ini. - AFP

ROM – Pelumba sensasi pasukan UAE Emirates, Tadej Pogacar mengambil keputusan untuk rehat selama sebulan selepas berjaya meneruskan kayuhan cemerlang tahun ini apabila mudah mendominasi Siri Jelajah Tirreno-Adriatico di Itali yang berakhir awal pagi semalam.

Sebagai rekod, kejayaan juara bertahan Tour de France itu menjuarai Siri  Jelajah Tirreno-Adriatico menjadi kemenangan kedua berturut-turut peribadinya musim ini selepas memenangi perlumbaan Siri Jelajah Emiriyah Arab Bersatu (UAE) awal tahun ini.

Kata Pogacar, apa yang dicapai pada awal musim ini cukup memberangsangkan sekali gus menunjukkan permulaan yang baik sebelum mengharungi saingan perlumbaan yang lebih berprestij seperti Tour de France dan Giro d’Italia.

“Saya sangat gembira apabila berjaya menjuarai dua kejohanan berturut-turut tahun ini dan ia menjadi pemangkin semangat untuk saya tampil lebih cemerlang sebelum mengharungi beberapa saingan perlumbaan berskala besar nanti.

“Tirreno-Adriatico adalah kejohanan jangka pendek yang cukup terkenal dan berprestij kerana ia hanya dilangsungkan selama seminggu. Bukan mudah untuk bergelar juara tetapi saya membuktikan tiada apa yang mustahil asalkan anda berusaha keras.

“Selepas ini, saya mengambil keputusan untuk berehat sekurang-kurangnya satu bulan sebelum mengalihkan tumpuan untuk kejohanan perlumbaan di wilayah Basque, Sepanyol yang dijadualkan berlangsung pada April depan,” katanya.

Sementara itu, pelumba terkenal yang mewakili pasukan Ineos, Geraint Thomas hanya mampu mencatat kedudukan ke-24 keseluruhan meskipun dianggap sebagai salah seorang pencabar berpotensi kepada Pogacar pada kejohanan Tour de France tahun ini. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI