fbpx

125 individu ‘degil’ ditahan ingkar SOP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Meskipun kerajaan telah meningkatkan nilai denda kepada mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) sehingga maksimum RM10,000, namun ia seolah-olah tidak memberi kesan kepada orang ramai.

Ini terbukti apabila 125 individu ditahan semalam kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semalam.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 111 individu dikompaun manakala 14 lagi direman.

Menurutnya, kesalahan ingkar SOP paling tinggi dikesan semalam melibatkan rentas daerah/negeri tanpa kebenaran 43 kes, diikuti tidak memakai pelitup muka (29) serta gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (28).

“Turut dikesan adalah kesalahan melibatkan tiada penjarakan fizikal (11), ingkar arahan kuarantin (5), aktiviti pusat hiburan (1) dan lain-lain (8),”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Ismail Sabri memaklumkan, pihaknya berjaya menahan 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Ops Benteng semalam.

Katanya, dalam operasi itu juga pihak berkuasa telah merampas sebuah kenderaan darat serta mengesan 30 buah bot serta kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan.

“Lima PATI turut diusir menerusi satu aktiviti pengusiran,” jelasnya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI