fbpx

PKPD di dua rumah sewa di Baverly Hills, Bintulu, Sarawak dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Rumah Sewa Anong dan Rumah Sewa Baverly Hills, Bintulu, Sarawak dilanjutkan lagi selama tujuh hari sehingga 25 Mac depan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah berkenaan diambil selepas Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih berlaku penularan kes melibatkan penduduk di rumah sewa terbabit.

Menurut beliau, PKPD di dua kawasan itu sepatutnya dijadualkan tamat pada esok.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 1,407 ujian saringan dan daripada jumlah itu, 85 kes positif Covid-19 telah direkodkan.

“KKM juga telah melaksanakan ujian saringan kedua Covid-19 dan masih lagi menunggu keputusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di dua rumah sewa itu sehingga 25 Mac depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI