fbpx

Wanita tunggang motosikal tanpa topi keledar dikompaun JPJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang memaparkan seorang wanita menunggang motosikal Yamaha RXZ di Dungun yang dimuat naik ke akaun media sosialnya baru-baru ini.

KUALA TERENGGANU – Gara-gara memuat naik video memaparkan aksi menunggang motosikal Yamaha RXZ tanpa memakai topi keledar di media sosial, seorang wanita dikompaun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, wanita terbabit yang juga dipercayai Instafamous dikompaun sebanyak RM370 atas kesalahan tidak memakai topi keledar dan nombor pendaftaran motosikal tidak mengikut spesifikasi pada Ahad lalu.

“Berdasarkan video tersebut, kami telah memanggil wanita dari Dungun itu baru-baru ini dan dia mengakui kesalahannya.

“Tindakan tetap diambil sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang jalan raya walaupun video atau bukti bergambar itu dimuat naik menerusi akaun media sosial peribadi,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, tular video yang memaparkan Instafamous wanita yang memakai kebaya merah menunjukkan kehebatan menunggang motosikal Yamaha RXZ di jalan raya tanpa memakai topi keledar

Video berdurasi 14 saat untuk kandungan akaun media sosial wanita berkenaan dipercayai dirakam di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun pada baru-baru ini.

Dalam pada itu, Zukarnain menjelaskan gambar dan video yang dimuat naik di akaun media sosial boleh dijadikan bukti oleh penguat kuasa JPJ. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI