fbpx

FAMA, KPDNHEP kekang penipuan harumanis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Mustahapa (kanan) dan Pengarah FAMA Perlis, Mohamad Paisal Amri melihat buah harumanis di pekarangan FAMA Perlis hari ini.

KANGAR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bagi mengekang penipuan membabitkan penjualan mempelam harumanis Perlis di pasaran termasuk secara dalam talian.

Timbalan Ketua Pengarah Operasinya, Mohamad Mustahapa Awang berkata, pihaknya bersama KPDNHEP akan melakukan pemantauan terhadap penjualan harumanis dari negeri ini yang bermula pada bulan hadapan.

“Kita ada menerima laporan berlakunya penipuan yang mana pembeli menerima mempelam jenis lain, bukan jenis harumanis dari Perlis pada musim lalu.

“Ada yang berlaku disebabkan kekeliruan apabila ada peniaga menggunakan perkataan harumanis pada buah mangga yang dijual, sebagai contoh harumanis Kemboja dari Thailand,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus Pengendalian Kualiti dan Gred Mangga Harumanis di FAMA Perlis di sini hari ini.

Katanya, peniaga yang didapati menipu atau mengelirukan pengguna boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Perlindungan Pengguna. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI