fbpx

Bekas kakitangan awam menyamar kastam didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairudin hadir ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru hari ini atas pertuduhan menyamar sebagai pegawai kastam untuk meminta rasuah daripada seorang peniaga, empat tahun lalu. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Seorang kakitangan awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan meminta rasuah RM2,500 daripada peniaga, empat tahun lalu.

Tertuduh, Khairudin Abd. Rahman, 51, mẹmbuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu telah menipu dengan menyamar sebagai pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kepada seorang lelaki berusia 33 tahun.

Tindakan orang kena tuduh (OKT) adalah sebagai dorong kepada peniaga supaya menyerahkan wang tunai RM2,500 yang mana tidak akan menyerahkan wang sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut pada pukul 2.15 petang di Jalan Besar, Yong Peng, Batu Pahat, 19 Februari 2017.

Bagi perbuatan itu, Khairudin telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Kes pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), K. Shatesh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sejurus mendengar rayuan daripada tertuduh yang sudah diberhentikan kerja sejak Mei 2014, hakim mahkamah memberi peluang untuk membela diri.

Ahmad Kamal menetapkan wang jaminan sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 31 Mac ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI