fbpx

Bomba guna lima dron pantau kebakaran akibat cuaca panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nazili (kanan) mendengar penerangan daripada anggota Unit Udara JBPM yang bertugas dalam menghantar bekalan makanan ke pos penempatan Orang Asli di Gua Musang hari ini. - Foto oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggunakan lima buah dron ketika memantau kejadian kebakaran hutan dan tanah gambut ketika cuaca panas.

Pengarah Unit Udara JBPM, Nazili Mahmood berkata, penggunaan dron berteknologi tinggi itu merupakan langkah efektif untuk mengesan dan mengawal kebakaran berskala besar dalam tempoh lebih pantas.

Katanya, pihaknya mendapati tiga negeri iaitu Selangor, Pahang dan Johor sering mengalami kebakaran hutan ketika musim kemarau.

“Penggunaan dron dapat membantu pihak bomba mengenal pasti keluasan kawasan kebakaran dan menentukan tindakan yang perlu dilakukan dengan lebih pantas.

“Kita bersyukur apabila mendapat tambahan empat unit dron baharu bagi membantu operasi satu unit dron sedia ada sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita ketika meninjau operasi hari kedua penghantaran bantuan bekalan makanan kepada Orang Asli oleh Unit Udara JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang hari ini.

Mengulas lanjut, Nazili berkata, pihaknya telah membuat pemadaman kebakaran tanah gambut di kawasan Tanjung Sepat, Selangor seluas 61 hektar dan kebakaran hutan di Muadzam Shah, Rompin, Pahang kira-kira 121 hektar baru-baru ini.

Katanya, operasi itu berjaya menyekat kebakaran daripada merebak lebih meluas di hutan terbabit dengan penggunaan dron. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI