fbpx

58 maut ditembak di Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan penduduk kampung di wilayah Tillaberi, Nigeria menghadiri mesyuarat bersama pemimpin mereka. - AFP

ABUJA – Sekurang-kurangnya 58 terbunuh di Nigeria dalam insiden tembakan berdekatan sempadan Mali, lapor Badan Penyiaran British (BBC), hari ini.

Dalam satu kenyataan yang dibacakan melalui televisyen tempatan, kerajaan Nigeria berkata, sekumpulan individu melepaskan tembakan ke arah empat kenderaan yang membawa mangsa pulang dari sebuah pasar di wilayah Tillaberi, kelmarin.

“Kumpulan individu bersenjata terbabit yang belum dapat dikenal pasti itu telah memintas empat kenderaan yang membawa penumpang pulang dari pasar minggu Banibangou ke kampung-kampung di Chinedogar dan Darey-Daye.

“Jumlah mangsa yang terlibat dalam tindakan biadab itu ialah 58 maut, seorang cedera selain beberapa tempat simpanan gandum serta dua kenderaan terbakar dan dua lagi kenderaan dirampas,” kata kenyataan itu.

Kerajaan turut mengumumkan tiga hari berkabung nasional, bermula hari ini.

Seorang penduduk sebelum itu memberitahu agensi berita AFP bahawa siri serangan tersebut bermula dengan tembakan rambang dalam sebuah bas yang menuju ke Chinedogar, dengan kira-kira 20 orang terkorban. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI