fbpx

Prayut terima senarai calon menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PRAYUT ketika bercakap kepada wartawan di pejabat kerajaan di Bangkok semalam. - BANGKOK POST

BANGKOK – Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-o-cha berkata, beliau telah menerima senarai calon jawatan menteri yang dikemukakan parti-parti gabungan pemerintah, lapor Bangkok Post, hari ini.

Beliau menegaskan perkara itu akan diputuskan dalam rombakan Kabinet.

Bercakap di pejabat kerajaan, perdana menteri berkata, langkah selanjutnya ialah memeriksa latar belakang calon dan ia dijangka akan memakan masa.

Prayut berkata, semua prosedur harus dipenuhi terlebih dahulu.

“Setiap parti telah mengemukakan calonnya. Tetapi terpulang kepada saya untuk memutuskan jawatan menteri yang mana akan mereka perolehi.

“Pendapat parti-parti gabungan turut akan diminta kerana kita akan bekerjasama,” katanya.

Ketika ditanya adakah menteri Kabinet baharu akan didedahkan minggu ini, perdana menteri berkata, proses rombakan itu akan selesai setelah upacara mengangkat sumpah. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI