fbpx

MPPG sita peralatan, tutup kedai warga asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penguat kuasa MPPG menyita peralatan yang digunakan premis warga asing tanpa lesen dalam serbuan di sekitar Pasir Gudang hari ini. Foto IHSAN MPPG

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

PASIR GUDANG – Satu premis perniagaan tanpa lesen milik yang dikendalikan warga asing diserbu penguatkuasa Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam satu operasi yang dijalankan, di sini hari ini.

Serbuan itu merupakan operasi susulan kepada operasi sama dijalankan pihak berkuasa tempatan itu tiga minggu lalu.

Menurut kenyataan MPPG, sebuah rumah kedai yang menjalankan operasi kedai runcit dan kedai makan khusus buat warga asing ditutup.

“Berdasarkan tinjauan, premis berkenaan turut memiliki sistem kamera litar tertutup dipercayai bagi memantau pergerakan keluar dan masuk.

“Tindakan menutup premis berkenaan diambil di bawah Peruntukan Undang-Undang Kecil 49(2), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPPG) 2017,”katanya.

Sementara itu, penguatkuasa MPPG turut menyita peralatan perniagaan melibatkan 10 buah premis dikendalikan warga asing antaranya perniagaan runcit, perniagaan kedai makan, gunting rambut dan cuci kereta.

Tindakan sita itu diambil mengikut peruntukkan Undang-Undang Kecil 50(1), Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MPPG) 2017.

Operasi yang bermula pada pukul 2.30 petang itu disertai seramai 40 pegawai dan anggota agensi penguatkuasa antaranya polis, Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kesihatan dan penguatkuasa MPPG. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI