fbpx

Kelantan United, JDT II terikat tanpa jaringan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Fazrul Amir Zaman (kanan) cuba melepasi kawalan pemain JDT II pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.-Foto Ihsan MFL

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United FC (KUFC) dan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) sekadar berkongsi satu mata apabila kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Tuan rumah bermula garang apabila menguji kemampuan JDT II menerusi rembatan kencang oleh Mohamad Fazrul Amir Zaman, namun berjaya ditepis keluar oleh penjaga gawang pelawat Muhammad Haziq Nadzli pada minit kelima.

Minit ke-11, JDT II terlepas peluang untuk memecahkan kebuntuan jaringan apabila pertahanan KUFC, Shuhei Fukai sempat menguis bola rembatan penyerang pelawat.

Aksi berbalas serangan antara kedua-dua pasukan terus rancak berlangsung dan peluang terbaik KUFC untuk mencetak gol hadir pada minit ke-28, namun Muhammad Juzaerul Jasmi hanya mampu melepaskan rembatan lemah di hadapan pintu gawang lawan.

Tiga minit berselang, Luis Cabrera melepaskan peluang terbaik JDT II untuk mendapatkan jaringan apabila sepakan lemahnya dalam kotak penalti Kelantan United terus ke dakapan Muhammad Fikri.

Menuju minit-minit akhir babak pertama, kapten KUFC, Mohd. Badhri Radzi nyata kecewa apabila rembatan derasnya berjaya didakap kemas oleh Muhammad Haziq meskipun ia dilepaskan dalam kawasan kotak penalti JDT II.

Bersambung babak kedua, JDT II tampil dengan beberapa percubaan bahaya ke kubu tuan rumah, namun dihampakan oleh ketumpulan jentera penyudah.

Bagaimanapun, KUFC cuba bangkit menerusi percubaan Mohamad Fazrul Amir tapi sekadar melewati palang gol pelawat pada minit ke-67.

Keputusan seri tanpa jaringan itu kekal hingga tamat perlawanan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI