fbpx

Manusia pendek umur kerana pencemaran udara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki mengutip barang kitar semula di sebuah tempat pengumpulan sampah di Santo Domingo, Republik Dominica pada 29 April lalu. - AFP

PARIS  – Pencemaran udara mengurangkan jangka hayat setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di Bumi sebanyak hampir dua tahun, demikian menurut data disiarkan hari ini.

Dinamakan Indeks Kualiti Udara Kehidupan (AQLI), data tersebut menyatakan bahawa ketika dunia berlumba mencari vaksin bagi mengawal pandemik Covid-19, pencemaran udara akan terus memendekkan usia dan menyebabkan berbilion-bilion penduduk di seluruh dunia menjalani kehidupan tidak sihat.

Indeks berkenaan mengira impak udara tercemar  terutamanya daripada pembakaran bahan api fosil terhadap kesihatan manusia.

Menurut AQLI,  purata  tahap pencemaran udara sejak dua dekad lalu tidak berubah   di sebalik pengurangan besar zarah berbahaya di China yang pernah menjadi antara negara paling tercemar di dunia.

Namun begitu, di negara-negara  seperti India dan Bangladesh pula, pencemaran udara amat teruk sehingga  menyebabkan jangka hayat di sesetengah kawasan berkurangan hampir satu dekad.

Penulis-penulis penyelidikan itu berkata, kualiti udara yang dihirup ramai manusia mencetuskan risiko kesihatan lebih tinggi berbanding Covid-19.

Hampir satu perempat populasi global tinggal di hanya empat negara Asia Selatan yang merupakan antara paling tercemar iaitu Bangladesh, India, Nepal dan  Pakistan. 

AQLI  mendapati jangka hayat populasi tersebut  akan  lebih pendek lima tahun secara purata selepas terdedah kepada paras pencemaran udara 44 peratus lebih tinggi sekarang  berbanding 20 tahun lalu. – AFP 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI