fbpx

Penganggur rogol gadis bawah umur dipenjara14 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Jufri Imran (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan tiga sebatan kerana memperkosa seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Perbuatan serakah seorang penganggur memperkosa seorang gadis bawah umur sebanyak tiga kali pada dua tahun lalu menerima balasannya apabila dia dihukum penjara 14 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Nooriah Osman memerintahkan hukuman demikian terhadap tertuduh, Muhammad Jufri Imran Sidek, 21, setelah pihak pembelaan gagal menyangkal kes prima facie dikemukakan pihak pendakwaan.

Beliau menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun bagi setiap pertuduhan namun pertuduhan kedua dan ketiga diarahkan berjalan serentak.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Muhammad Jufri Imran didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 15 tahun 11 bulan di sebuah bangsal di Merchang, Marang pada pukul 1 pagi, 17 Januari 2019.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa di kawasan beranda hadapan rumah di Merchang, Marang pada pukul 2.30 pagi, 23 Januari 2019.

Dia didakwa merogol mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat sewaktu kejadian buat kali ketiga di lokasi sama pada pukul 3 pagi, keesokan harinya

Muhammad Jufri Imran didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI