fbpx

Kastam rampas arak seludup, lari cukai RM1.65 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Latif (tengah) menunjukkan barangan yang dirampas.

MELAKA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas pelbagai jenama minuman keras dengan nilai anggaran cukai sebanyak RM1.65 juta dalam serbuan di Puchong, Selangor, minggu lalu.

Kesemua minuman keras beranggaran 18,241.82 liter itu dirampas kira-kira pukul 7.30 petang di sebuah premis, Gudang Berlesen Awam, 9 Mac lalu.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir berkata, turut ditahan dalam serbuan itu adalah empat lelaki yang terdiri daripada dua lelaki tempatan dan dua warga asing.

Katanya, kesemua suspek dalam lingkungan usia 24 hingga 47 tahun itu ditahan selepas didapati cuba menempatkan pelbagai minuman keras yang diseludup di gudang tersebut.

“Hasil risikan, sepasukan penguat kuasa JKDM dari Cawangan Narkotik JKDM bersama Cawangan Penguatkuasaaan JKDM Melaka telah menahan sebuah treler di lokasi berkenaan.

“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan berat itu kita menemukan terdapat minuman keras tidak bercukai pelbagai jenama bernilai RM139,809.41 dengan anggaran duti terlibat RM1.65 juta,”katanya pada sidang akhbar di Wisma Kastam Ayer Keroh, di sini, hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI