PUTRAJAYA – Sebanyak 1,063 kes baharu dicatatkan hari ini sekali gus terendah dilaporkan untuk tahun 2021, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 326,034 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu hari ini, Selangor melaporkan angka tertinggi sebanyak 323 kes, diikuti oleh Sarawak sebanyak 183 kes dan Pulau Pinang sebanyak 175 kes.
“Seterusnya, Johor mencatatkan sebanyak 91 kes, Kuala Lumpur (86 kes), Kelantan (67 kes), Sabah (38 kes), Kedah (32 kes), Perak (24 kes), Terengganu (23 kes) dan Negeri Sembilan (17 kes).
“Dalam masa sama, Pahang merekodkan dua kes hari ini manakala, Melaka dan Labuan masing-masing melaporkan satu kes baharu,” katanya dalam ciapan Twitter rasmi beliau di sini hari ini.
Ujarnya lagi, tiada kes baharu Covid-19 yang dilaporkan di Perlis dan Putrajaya. -K! ONLINE