fbpx

MAFI sedia RM15 juta bantu usahawan muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Che Abdullah bercakap pada sidang akhbar selepas Majlis Penutup Rancangan Realiti TV Juara Agrotek di Wisma Tani hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) memperuntukkan RM15 juta untuk Geran Agropreneur Muda (GAM) di bawah Program Agropreneur Muda (PAM) tahun ini buat 750 usahawan muda di seluruh negara.

Timbalan Menterinya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, seramai 1,149 orang agropreneur muda seluruh negara telah menerima kelulusan GAM sepanjang tahun lalu dari 1 Januari hingga 24 Disember dengan peruntukan berjumlah RM 21.73 juta.

Beliau berkata, sektor tanaman menerima peruntukan terbanyak dengan RM8.3 juta melibatkan 431 orang usahawan diikuti sektor industri makanan RM7.59 juta (414 orang), sektor ternakan RM3.99 juta (202 orang) dan perikanan RM1.85 juta (102 orang).

“Bantuan geran ini adalah berbentuk barangan sehingga RM20,000 itu bagi projek baharu untuk meningkatkan pengeluaran hasil dan menambah pendapatan agropreneur muda tersebut.

“Selain itu, bantuan modal sehingga RM50,000 melalui Pakej Pembiayaan Khas TEKUN Nasional dan Agrobank sehingga RM200,000 bagi projek pengembangan serta kursus jangka pendek dan khidmat nasihat dari agensi berkaitan di bawah kementerian,” katanya pada Majlis Penutup Rancangan Realiti TV Juara Agrotek di Wisma Tani hari ini.

Che Abdullah berkata, seramai 6,969 orang agropreneur muda di seluruh negara telah menerima kelulusan PAM dari 1 Januari 2016 hingga 24 Disember 2020 dengan jumlah keseluruhan RM 126.23 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI