fbpx

Pesara miliki wang kertas £10 tanpa wajah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Coleman menerima wang kertas bernilai £10 yang tersalah cetak tanpa wajah Ratu Elizabeth II ketika mengeluarkan wang di mesin ATM. - The Sun

LONDON – Seorang pesara di Britain bakal bergelar orang kaya baharu selepas secara tidak sengaja memiliki wang kertas £10 (RM57.30) yang dicetak tanpa wajah Ratu Elizabeth, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Peter Coleman, 72, terkejut melihat wang kertas itu tiada wajah monarki Britain seperti wang kertas lain. Dia mendapat wang ganjil itu ketika menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) baru-baru ini.

Pada mulanya, Coleman menganggap wang kertas itu tidak boleh digunakan kerana kesilapan semasa proses cetakan, namun ia disahkan tulen dan mempunyai nilai sama seperti wang kertas £10 lain.

“Saya cuba menggunakan wang itu di sebuah kedai serbaneka. Pekerja di situ pada mulanya enggan menerima wang tanpa wajah itu tetapi mengubah fikiran apabila mesin pengesan wang palsu menunjukkan nilainya tidak berubah dan sah digunakan.

“Saya memberitahu pekerja itu bahawa saya mahu menyimpannya kerana berasakan ia akan membawa tuah,” ujarnya.

Tambah Coleman, dia tidak akan teragak-agak untuk melelong wang kertas tanpa wajah itu jika ada pihak yang berminat membelinya.

Mengikut pakar-pakar pengumpul koleksi wang kertas, wang £10 milik Coleman dianggarkan mencecah ribuan pound jika dilelong. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI