fbpx

Penganggur mengaku bersalah dera bayi 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fakhri mengaku bersalah mendera bayi lelaki di Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini.

SEBERANG PERAI – Seorang penganggur mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini atas pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan pada awal bulan ini.

Tertuduh, Muhammad Fakhri Abdul Muthalib, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Noor Aini Yusof.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Fakhri sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan lebam pada dahi, bawah mata dan perut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di L-07-07, Pangsapuri Luminari, Jalan Harbour Place, Butterworth di sini kira-kira pukul 9 malam pada 6 Mac lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-dua sekali jika didapati bersalah.

Kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Syeqal Che Murat, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 16 April depan sebagai tarikh menjatuhi hukuman sementara menunggu laporan perubatan mangsa.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM10,000 beserta seorang penjamin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI