fbpx

Mayat reput ditemui dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki yang ditemui di Semenyih malam tadi.

PETALING JAYA – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan reput dan berpakaian lengkap di dalam longkang di tepi Jalan Broga dari arah Broga menghala ke Semenyih bersebelahan Diamond City, Semenyih, Kajang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata,
berdasarkan kepada pengenalan diri yang dijumpai, lelaki tersebut dikenali sebagai N. Suresh berumur 43 tahun dan beralamat terakhir di G1A Taman Prima Suria, Batu 9, Cheras.

Menurutnya, polis telah terima maklumat awam melalui Kaunter Aduan Balai Polis Semenyih berhubung penemuan mayat berkenaan sekitar pukul 8.37 malam.

“Mayat berkenaan ditemui dalam keadaan reput dan berpakaian lengkap dengan baju T dan seluar jean berwarna gelap.

“Turut dijumpai telefon bimbit dipercayai milik mangsa,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, siasatan Forensik dan pemeriksaan ke atas jasad mangsa mendapati keadaan fizikalnya telah reput dan sudah membusuk.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih kurang seminggu yang lalu dan dia disyaki terjatuh ke dalam longkang berkenaan.

“Setakat ini tiada sebarang senjata ditemui di tempat kejadian dan hasil pemeriksaan pada badan mangsa juga telah menemui satu telefon bimbit jenis Samsung dan satu dompet,” ujarnya.

Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai kes mati mengejut (SDR) sementara bedah siasat dilakukan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian, boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Semenyih, Inspektor Sahar atau mana-mana Balai Polis berdekatan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI