fbpx

Tiga kali cinta Aamir Khan ditolak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AAMIR KHAN

BIARPUN sudah mendirikan rumah tangga dan hidup bahagia bersama isterinya, Kiran Rao selama lebih 10 tahun, aktor Aamir Khan menganggap bahawa dia sebenarnya kurang bernasib baik dalam percintaan.

Menerusi pendedahan yang dibuat dalam rancangan Starry Nights, Aamir memberitahu bahawa cintanya pernah ditolak sebanyak tiga kali oleh seseorang suatu ketika dahulu.

“Ketika saya berusia 10 atau 11 tahun, saya telah jatuh cinta dengan seseorang dan sangat menyukainya.

“Dahulu saya merupakan seorang yang cukup pemalu dan susah untuk bercakap dengan orang lain,” katanya.

Menurut pelakon filem Mann itu lagi, dia telah meluahkan isi hatinya kepada gadis yang disukainya itu namun sayang, cintanya ditolak mentah-mentah.

“Bukan sekali, tetapi tiga kali! Akhirnya saya berputus asa dan menyedari bahawa selama ini cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan,” katanya.

Terdahulu, Aamir pernah mendirikan rumah tangga bersama kenalan yang juga jiran lamanya di kampung, Reena Dutta.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Bagaimanapun perkahwinan yang dibina selama 16 tahun tersebut gagal apabila mereka berpisah pada 2002.

Kemudian pada 2005, Aamir sekali lagi mendirikan rumah tangga bersama Kiran dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Azad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI