fbpx

Ducati resahkan pencabar lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO mengakui bahawa Ducati mempunyai jentera yang pantas menyebabkan Yamaha perlu bekerja lebih keras. – AFP

DUBAI – Pelumba Monster ­Energy Yamaha, Fabio Quartararo bimbang dengan peningkatan Ducati menjelang aksi pembuka tirai Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada 28 Mac ini nanti.

Pada sesi ujian di Qatar minggu lalu, Ducati antara yang memberi kejutan apabila pelumba­nya, Jack Miller mencatatkan masa terpantas sepusingan satu minit 58.183 saat di Losail.

Yamaha juga tampil dengan catatan positif menerusi dua pelumbanya iaitu Quartararo dan Franco Morbidelli selepas mengakhiri saingan tersebut di kedudukan kedua dan ketiga.

“Benar saya bimbang dengan peningkatan Ducati di litar ini terutama di laluan lurus kerana Losail mempunyai laluan lurus sepanjang 1 kilometer.

“Kami tidak mampu pecut terlalu laju, jadi kami perlu berjuang. Sekiranya kami mula memikirkan kekuatan Ducati, kami akan hilang fokus. Jadi, itu bukanlah perkara terbaik untuk memikirkannya,

“Saya akui tanggungjawab menjadi pelumba pasukan pengeluar ini lebih besar. Saya rasa kami telah membangunkan jentera dengan baik bersama Vinales.

“Vinales telah bersama pasukan ini enam tahun jadi dia lebih berpengalaman daripada saya. Cuma saya sedikit teruja terutama apabila jurutera mendengar pendapat anda.

“Setiap perkataan yang keluar dari mulut adalah penting dan saya perlu terangkan dengan le­bih jelas agar mereka faham tentang masalah yang saya hadapi,” kata Quartararo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI