fbpx

Mayat pemuda ditemui di dasar sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba dan Angkatan Pertahanan Awam mengangkat mayat mangsa yang ditemukan lemas di Sungai Pahang dekat Kampung Lada di Jerantut hari ini.

JERANTUT – Mayat seorang pemuda yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika berada di sebuah sangkar ikan di Kampung Lada di sini ditemui kira-kira tiga meter dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Jerantut, Mohamad Zulkifli Mohamad Zainal berkata, mayat mangsa, Arrif Helmi Saharudin dijumpai pasukan bomba yang melakukan operasi mencari dan menyelamat pukul 3.16 petang ini.

“Mayat mangsa ditemui di dasar sungai pada kedalaman kira-kira empat meter oleh pasukan penyelam JBPM.

“Mayat yang dalam keadaan sempurna itu diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Hospital Jerantut,” katanya di sini hari ini.

Semalam seorang pemuda dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam sungai Pahang berhampiran sebuah sangkar ikan di Kampung Lada di sini, hari ini.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Arrif Helmi berusia 26 tahun tergelincir daripada sangkar ikan dan jatuh ke dalam sungai sebelum dibawa arus sungai.

Menurut Mohamad Zulkifli, operasi mencari dan menyelamat pada hari ini dilakukan sejauh kira-kira dua kilometer dari kawasan kejadian.

Katanya, operasi turut melibatkan pasukan penyelam bomba yang melakukan selaman di sekitar kawasan sangkar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI