fbpx

KPDNHEP sasar Indeks Pendayaupayaan Pengguna 85 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander berucap di majlis sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia dan Hari Pengguna Kebangsaan 2021 di Facebook KPDNHEP hari ini.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyasarkan Indeks Pendayaupayaan Pengguna di negara ini dapat ditingkatkan melebihi 85 peratus dalam masa dua tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, buat masa ini, Indeks Pendayaupayaan Pengguna ketika ini berada di peringkat sederhana iaitu 63.1 peratus yang menunjukkan bahawa pengguna di negara ini masih belum benar-benar menghayati dan mempraktikkan hak-hak mereka sebagai pengguna.

Beliau berkata, bagi tujuan itu, kementerian akan terus merangka program advokasi di setiap peringkat masyarakat bagi menangani isu-isu kepenggunaan semasa.

“Kementerian akan terus memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi pendidikan kepada pengguna mengenai kelestarian alam sekitar dengan kerjasama NGO, komuniti dan masyarakat awam,” katanya ketika berucap sempena sambutan Hari Hak-Hak Pengguna Sedunia dah Hari Pengguna Kebangsaan 2021 di Facebook KPDNHEP hari ini.

Alexander berkata, kementerian telah membangunkan pelbagai inisiatif dalam memperkasakan pengguna antaranya Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) yang merupakan satu platform alternatif kepada mahkamah sivil untuk pengguna menfailkan tuntutan tebus rugi bagi pembelian barang dan perkhidmatan.

Beliau berkata, bagi tempoh tahun 2015 sehingga Februari lalu, terdapat sebanyak  32,550 kes pemfailan telah direkodkan melibatkan jumlah tuntutan sebanyak RM176.03 juta.  – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI