fbpx

“Maaf andai terluka, maafku tak sengaja” – Hafiz Hamidun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSEMBAHAN Nabila Razali pada pentas AJL35 malam tadi mengundang reaksi ramai pihak termasuklah komposer dan penyanyi Hafiz Hamidun.

PETALING JAYA – “Maaf andai terluka, maafku tak sengaja.”

Begitulah komen penyanyi dan komposer, Hafiz Hamidun apabila diminta mengulas berhubung ciapan yang dimuat naiknya malam tadi menjurus kepada persembahan Nabila Razali yang ‘terkucil’ pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35).

Hafiz menjelaskan, dia turut menghantar mesej peribadi kepada pelatun lagu Peluang Kedua itu selepas komen ringkasnya menjadi viral dalam media sosial.

“Saya ada menghantar mesej peribadi memohon maaf kepada Bella (Nabila) sekiranya dia tersinggung dengan komen saya dalam Twitter.

“Tiada niat untuk menghentam dia secara peribadi, sebaliknya komen berkenaan ditujukan berdasarkan persembahan Nabila yang menyampaikan lagu Peluang Kedua. Sebagai peminat lagu tersebut, saya rasa peluang yang diberikan kepadanya sudah dibazirkan.

“Terpulang kepada mana-mana pihak untuk membuat andaian terhadap komen saya. Memilih untuk tidak memanjangkan isu berkenaan, saya memadam ciapan tersebut beberapa minit selepas itu,” kata Hafiz kepada Kosmo! Online ketika dihubungi sebentar tadi.

CIAPAN Hafiz dalam Twitternya yang mengundang kecaman netizen malam tadi.

Sebagai salah seorang peminat lagu ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong berkenaan, Hafiz yang jarang bersuara tidak menyangka pendapat peribadinya mendapat reaksi banyak pihak.

Tegas Hafiz, ada segelintir pihak yang berpendapat dia sebagai selebriti agama tidak seharusnya bersuara dalam media sosial.

Malah, ada juga yang keliru antara dirinya dengan penyanyi Hafiz Suip.

“Sekiranya ingin menyokong perkembangan industri, tidak semestinya kita bercakap yang baik-baik saja. Saya hanya berpendapat Bella sebenarnya boleh memberikan yang lebih baik daripada persembahan malam tadi, itu saja.

“Ada juga yang keliru dan mengaitkan persembahan seorang penyanyi bersama Adira, sedangkan individu dimaksudkan mereka itu ialah orang lain. Sejujurnya, saya minta maaf kepada mereka yang tersinggung dengan komen saya,” kata Hafiz.

Semalam, komen Hafiz menjadi viral dan mengundang reaksi pelbagai pihak selepas memuat naik ciapan mengenai persembahan Nabila yang mendendangkan lagu Peluang Kedua di pentas AJL35 malam tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI