fbpx

Polis siasat pelanggaran SOP ketika konvensyen DAP Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz.

IPOH – Polis akan menyiasat sekiranya terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika insiden kekecohan pada Konvensyen DAP Perak di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian itu dan siasatan segera akan dijalankan.

Katanya, siasatan awal mendapati, kekecohan yang berlaku pada pukul 11 pagi itu adalah berbentuk pertengkaran.

“Konvensyen itu adalah acara tertutup dan polis tidak dimaklumkan mengenai penganjurannya.

“Bagaimanapun, program itu dibenarkan di bawah SOP PKPB yang digariskan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan kehadiran 50 peratus kapasiti dewan dan syarat itu dipatuhi penganjur,” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Konvensyen DAP Perak di ICC semalam kecoh susulan dakwaan berlaku penipuan mengenai jumlah perwakilan yang dibenarkan untuk mengundi bagi memilih ahli jawatankuasa DAP negeri.

Dakwaaan itu ditimbulkan oleh kumpulan daripada gandingan Ahli Parlimen Kampar, Thomas Su dan Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran apabila pihak penganjur membenarkan perwakilan membuat pendaftaran untuk mengundi lebih daripada masa yang ditetapkan.

Kekecohan juga berlaku di luar dewan persidangan semasa Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sedang berucap merasmikan persidangan tersebut.

Insiden itu berlaku apabila sekumpulan perwakilan dipercayai dari kumpulan Kula dan Thomas Su bertindak membantahPolis siasat pelanggaran SOP ketika konvensyen DAP Perak pendaftaran perwakilan masih dibuka melepasi masa yang ditetapkan.

Kekecohan cuba dikawal oleh petugas keselamatan dan berlaku tolak menolak dan beberapa perwakilan parti menjerit mahukan penjelasan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI