fbpx

Oscar mahu buang pasport Brazil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OSCAR sanggup melepaskan kerakyatan Brazil untuk bermain dengan China jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengubah peraturannya. - AFP

SHANGHAI – Bekas pemain tengah Chelsea, Oscar sanggup melepaskan kerakyatan Brazil untuk bermain dengan China jika Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengubah peraturannya.

Berdasarkan peraturan sekarang, pemain berusia 28 tahun itu tidak boleh menukar kerakyatan keana dia telah membuat penampilan bersama pasukan senior Brazil dalam kejohanan rasmi FIFA termasuk beraksi pada Piala Dunia 2014.

Bagaimanapun, Oscar sedia menyarung jersi China jika peraturan itu berubah selepas mengakui sukar untuk pulang ke Brazil mewakili negaranya memandangkan dia kini sedang beraksi dengan Shanghai SIPG.

“Jika China mahukan seorang pemain tengah yang bagus, saya boleh membantu negara ini jika ia berubah (peraturan FIFA mengenai naturalisasi pemain).

“Bagi saya, jika ramai pemain menukar kewarganegaraan kepada China, pasukan mereka (China) pastinya akan lebih hebat,” katanya.

Sebagai rekod, China sudah aktif mengambil beberapa pemain naturalisasi sejak tahun lepas bagi meningkatkan peluang mereka layak ke Piala Dunia Qatar 2022.

Tiga pemain yang dilahirkan di Brazil yang tidak mempunyai pertalian darah dengan keluarga dari China, telah dinaturalisasi ialah Elkeson, Aloisio dos Santos Goncalves dan Alan Carvalho.

Bekas pemain Arsenal, Nico Yennaris yang ibunya adalah seorang warganegara China, juga telah membuang kerakyatan England dan memilih untuk mewakili negara berkenaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI