fbpx

KUFC akui Perak FC II liat ditewaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gassama Alfusainey (tengah) mencipta rekod jaringan terpantas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila meledak gol pertama ketika aksi berlangsung 36 saat. KUFC

Oleh YATIMIN ABDULLAH

SEMANGAT juang yang tinggi daripada ‘ubi muda’ Perak FC II ternyata memberi tentangan hebat buat Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) sehingga terpaksa berhempas pulas sebelum meraih kemenangan tipis 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini petang kelmarin.

Perkara itu diakui sendiri oleh pengendali KUFC, Akira Higashiyama yang menyifatkan Perak II FC amat liat untuk dijinakkan apabila lawan mempamerkan kebangkitan pada babak kedua.

Akira berkata, meskipun Perak II FC dibarisi oleh pemain muda, mereka berjaya menyerap tekanan yang diberikan oleh KUFC pada perlawanan tersebut.

Menurutnya, situasi itu menyukarkan barisan pemain KUFC untuk menambah jaringan apabila lawan dilihat kental bertahan.

“Saya gembira kita berjaya meraih kemenangan meskipun menerima tentangan sengit.

“Kemenangan ini amat penting buat KUFC untuk mencari kedudukan terbaik dalam Liga Perdana bagi musim 2021,” katanya.

Akira memberitahu, dia berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh barisan pemain KUFC.

Katanya, barisan pemain dilihat mula menunjukkan keserasian sekaligus memudahkan dia merangka corak permainan lebih baik selepas ini.

“Saya akan menilai semula aksi perlawanan semalam (kelmarin) untuk kita melihat aspek yang perlu diberikan penambahbaikan.

“Ini kerana, kita akan menentang JDT II di laman sendiri, Selasa ini,” ujarnya.

Pada perlawanan itu, pemain import KUFC dari Gambia Gassama Alfusainey mencipta rekod jaringan terpantas dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila meledak gol pertama ketika aksi berlangsung 36 saat.

Gol pantas itu berpunca daripada hantaran tonggak KUFC, Mohd. Badhri Radzi dan tanpa dikawal Gassama tenang menoktahkan bola itu digawang gol Perak II FC.

Bersambung babak kedua, KUFC bermula garang dengan menambah jaringan menerusi pemain sayap lincah, Mohamad Amirul Shafiq Che Soh yang tidak dikawal pada minit ke-50.

Lapan minit berselang Perak II FC menghukum tuan rumah dengan merapatkan jurang jaringan 1-2 pada minit ke-58 menerusi Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar.

Jaringan itu kekal hingga tamat perlawanan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI