fbpx

Padi jadi bayaran untuk secangkir kopi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SURAJI ketika menerima bayaran padi dari pelanggannya. - CHAROLIN PEBRIANTI/DETIK.COM

JAKARTA – Seorang penjual kopi di Kampung Pijeran,  Jawa Timur meneruskan tradisi keluarganya dengan hanya menerima hasil tuaian padi sebagai bayaran buat secawan kopinya, lapor portal Detik News, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Suraji itu berkata, dia menjalankan perniagaan itu sejak 10 tahun lalu dan hanya berniaga setahun sekali selama sebulan pada musim menuai.

Sepanjang baki 11 bulan yang lain, Suraji bekerja sebagai petani.

“Ibu bapa saya yang memulakan perniagaan ini. Saya hanya menjadi generasi penyambung,” katanya.

Suraji juga menjual teh, susu dan makanan ringan tradisional seperti gandos iaitu adunan tepung beras dicampur kelapa, tauhu, rempenyek dan pisang bersama minuman kopinya

“Biasanya saya mula menjaja dari pukul 7 pagi hingga 1 tengah hari. Berat beban jualan yang saya pikul ini 80 kilogram (kg),” katanya.

Dia mampu menjual 50 gelas kopi sehari dengan jumlah pendapatannya bergantung kepada kemurahan hati pemilik sawah.

“Kalau yang pemurah, biasanya mereka bagi banyak hasil padi tapi kalau pembeli yang kedekut, dapat sedikit sahaja.

“Ada ketika, saya boleh menerima sehingga 50 kg padi dalam sehari,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI