fbpx

Uyaina bertunang?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uyaina menjawab persoalan peminat mengenai foto yang dimuat naik dalam Instagramnya.

PETALING JAYA – Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad membuat kejutan apabila berkongsi beberapa keping fotonya memakai busana pengantin berona putih.

Menerusi hantaran terkini dalam Instagramnya, Uyaina atau nama sebenarnya Shaidatul Naseha Uyaina Arshad, 29, menuai perhatian netizen yang beranggapan dirinya sudah pun bertunang.

Bagaimanapun ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi, pengacara Wanita Hari Ini itu menjelaskan foto-foto tersebut sekadar babak nikah untuk penggambaran drama Love Elsa terbitan Astro.

“Hebatnya bertunang macam itu. Bukanlah (bertunang). Saya kini sedang menjalani penggambaran drama arahan Michael Ang, Love Elsa.

“Sekarang tengah jayakan babak pernikahan dengan hero, Zul Ariffin,” katanya.

Tambah Uyaina lagi, ramai yang menghantar direct message (DM) kepadanya mengucapkan tahniah termasuk rakan media.

“Mungkin orang fikir saya betul-betul sudah bertunang lebih-lebih lagi selepas dirisik Raja Syahiran.

“Insya-Allah kami belum berbincang lanjut mengenai pernikahan. Mungkin tahun depan jika tiada aral melintang. Mana tahu?,” katanya.

Uyaina menyatakan dia dan kekasihnya, Raja Syahiran belum berbincang apa-apa mengenai pernikahan mereka.

Uyaina menyambung pengambaran drama Love Elsa selepas lebih sebulan tertangguh susulan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Sekarang ni sudah 60 peratus penggambaran siap. Kami dijangka menamatkan penggambaran awal April depan sebelum drama ini menemui penonton selepas Aidilfitri nanti,” ujarnya.

Terdahulu, Uyaina mengesahkan sudah dirisik keluarga Raja Syahiran November tahun lalu selepas hubungan mereka semakin rapat sejak Mei. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI