fbpx

1,354 kes baharu, 1,782 kes sembuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
kes baharu

PUTRAJAYA – Sebanyak 1,354 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes Covid-19 di Malaysia kini mencecah 323,763 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, 14 kes import mendapat jangkitan dari luar negara dan sebanyak 1,340 kes penularan tempatan.

Menurutnya, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula sebanyak 16,279 kes.

“Selain itu, terdapat 1,782 kes sembuh hari ini dengan jumlah kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 di Malaysia sebanyak 306,274 kes.

“Terdapat empat kes kematian baharu hari ini menjadikan sebanyak 1,210 kes kematian Covid-19 di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ujarnya, sebanyak 158 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 71 kes memerlukan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI