fbpx

PKPD Kuarters Sri Jelutung Tamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Kerajaan hari ini menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan, Pahang selepas semua keputusan kontak rapat negatif.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamatan itu adalah lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada 19 Mac depan.

“Sehingga kini, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melaksanakan 80 ujian saringan dan daripada jumlah itu, secara kumulatif sebanyak empat kes telah direkodkan.

“KKM mengesahkan kesemua keputusan sampel kedua untuk kontak rapat seramai 76 orang adalah negatif dan tiada lagi sampel menunggu keputusan,” katanya tadi.

Katanya, penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP telah bersetuju untuk menamatkan PKPD di kawasan itu lebih awal daripada tarikh yang dijadualkan.

Sementara itu, KKM turut melaporkan situasi kes Covid-18 di Kampung Lingkudau, Keningau, Sabah yang menunjukkan sebanyak 19 kes positif daripada 102 ujian saringan dijalankan.

“KKM mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak di lokaliti itu dengan kadar kebolehjangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Penilaian risiko dibuat, kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di Kampung Lungkudau bermula 15 Mac hingga 28 Mac 2021,” ujarnya. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI