fbpx

Empat maut, dua cedera pesawat tentera terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan penyiasat meneliti lokasi pesawat tersebut terhempas di Lapangan Terbang Almaty, Kazakhstan semalam. - AFP

NUR-SULTAN, Kazakhstan – Empat maut manakala dua lagi cedera parah apabila sebuah pesawat tentera terhempas di bandar Almaty semalam.

Menurut pihak berkuasa, mangsa terselamat sedang dirawat di unit rawatan rapi dan berada dalam keadaan sangat serius.

Pesawat Antonov An-26 tersebut dilaporkan dalam perjalanan ke Almaty dari ibu negara sebelum lapangan terbang terputus hubungan dengannya pada pukul 5.22 petang (waktu tempatan), menurut Kementerian Situasi Kecemasan.

“Berdasarkan data awal, empat maut dan dua yang cedera telah dihantar ke hospital berdekatan,” katanya.

Pesawat milik jawatankuasa keselamatan kebangsaan Kazakhstan itu dilaporkan terbakar selepas terhempas di Lapangan Terbang Almaty.

Ia ditemui dalam keadaan terbalik dengan kokpitnya terputus daripada badan pesawat berkenaan manakala ekornya tergantung di sebuah pagar yang terletak kira-kira 300 meter rangka utama pesawat itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI