fbpx

KUFC terus pamer taring

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gassama Alfusainiey (tengah) menjaringkan gol pertama buat Kelantan United FC ketika perlawanan berlangsung selama 36 saat di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini. Foto : Ihsan Kelantan United FC

KOTA BHARU – Kelab Bola Sepak Kelantan United (KUFC) terus mempamerkan taring dengan melakar kemenangan kedua selepas menewaskan Perak II FC 2-1 pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pemain import KUFC dari Gambia Gassama Alfusainey mencipta rekod jaringan terpantas saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini apabila meledak gol pertama ketika aksi baru berlangsung selama 36 saat.

Gol pantas itu berpunca dari hantaran daripada Mohd. Badhri Radzi sebelum Gassama tenang merembat bola itu ke gawang gol Perak II FC.

Tuan rumah terus bernafsu untuk menambah jaringan, namun barisan pemain kendalian Syamsul Mohd. Saad tenang mematahkan setiap serangan KUFC yang diketuai oleh Gassama.

Bersambung babak kedua, KUFC bermula garang apabila menambah jaringan kedua menerusi pemain sayap lincah, Mohamad Amirul Shafiq Che Soh yang tidak dikawal pada minit ke-50.

Lapan minit berselang, Perak II FC menghukum KUFC dengan merapatkan jurang jaringan menjadi 1-2 pada minit ke-58 menerusi Muhamad Alif Zikri Zaini Anuar.

Minit ke-81 Gassama sekali lagi tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang apabila tandukkannya sekadar mengegar tiang gol sebelah kiri Perak II FC.

Keputusan 2-1 kekal sehingga ke wisel penamat perlawanan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI