fbpx

Angel Di Maria kekal di Paris semusim lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DI MARIA bakal kekal bersama PSG sehingga penghujung musim 2022 selepas menandatangani kontrak lanjutan bersama pasukan itu. – AFP

PARIS – Bintang Paris Saint-Germain (PSG), Angel Di Maria bersetuju menandatangani kon­trak lanjutan setahun sehingga 2022 bersama finalis Liga Juara-Juara musim lalu dari Perancis itu.

Pengarah Sukan PSG, Leonardo gembira dengan situasi tersebut dan berharap tandatangan Di Maria dapat meyakinkan tiga lagi tonggak pasukan itu, Kylian Mbappe, Neymar dan Juan Bernat mengikut jejak langkah pemain sayap Argentina berkenaan.

“Ini adalah satu berita gembira buat PSG yang sedang berusaha untuk mencapai kata sepakat dengan Mbappe, Neymar dan Bernat.

“Pihak kami telah menjelaskan segala-galanya kepada mereka terutama Neymar tetapi akhirnya mereka yang menentukan sama ada mahu menandatanganinya ataupun tidak. Namun, kami tetap optimis ia akan berakhir positif,” katanya.

Sebagai rekod, Di Maria, 33, merupakan watak penting di bahagian jentera serangan PSG selepas berjaya menjulang 16 piala bersama pasukan itu sejak berhijrah daripada Manchester United pada 2015.

Selain itu, Di Maria juga memegang rekod sebagai pemain kedua paling banyak mencipta gerakan gol dalam sejarah PSG, ketinggalan di belakang Safet Susic yang melakukan 103 umpanan jaringan dari 1982 hingga 1991.

Secara keseluruhan, Di Maria telah menjaringkan 87 gol dan 99 umpanan jaringan daripada 248 penampilan dalam semua kejohanan bersama PSG sejak 2015. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI