fbpx

Doakan saya – Nabila Razali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nabila Razali

PETALING JAYA – Debaran kian terasa. Media sosial hari ini khususnya Twitter mula dibanjiri dengan ramalan-ramalan netizen tentang karya yang bakal dinobatkan sebagai lagu terbaik Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) esok.

Antara lagu yang diramal netizen bakal dinobatkan sebagai juara ialah Peluang Kedua hasil ciptaan Hael Husaini dan MFMF.

Penyanyinya, Nabila Razali ketika dihubungi Kosmo! Online memberitahu, dia tidak meletakkan sebarang harapan untuk memenangi pertandingan berprestij tersebut.

“Alhamdulillah, sebagai pendatang baru, saya tidak meletakkan sebarang harapan tinggi pada malam persembahan esok.

“Secara peribadi, saya hanya melunaskan tanggungjawab yang telah diberikan oleh pencipta lagu. Semoga segalanya berjalan lancar esok,” katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Ramai meramalkan Peluang Kedua bakal dinobatkan sebagai lagu terbaik AJL35 esok.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Nur Nabila Mohd Razali, 29, itu juga tidak mendedahkan dengan lanjut tentang persembahannya esok.

“Kejutan? Kenalah tunggu malam esok.

“Satu benda yang saya harapkan ialah dapat sampaikan lagu Peluang Kedua dengan sebaik mungkin, Insya-Allah,” ujarnya.

Terdahulu, Nabila mengambil keputusan untuk tidak membuat persembahan ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) atas nasihat doktor kerana mengalami masalah pada bahagian peti suara.

AJL35 esok yang bakal berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam dalam norma baharu tanpa kehadiran penonton ekoran pandemik Covid-19. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI