fbpx

Noor Nabila, Engku Emran sudah ‘bersuluh’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGKU EMRAN dan Nabila kini semakin terbuka berkongsi hubungan mereka.

Minggu lalu, kecoh satu Malaysia dengan gosip cinta antara Noor Nabila dan Engku Emran.

Biarpun tiada pengesahan daripada tuan punya badan, hubungan cinta mereka seperti semakin terjawab.

Masakan tidak, minggu ini, banyak kali juga Diva nampak Nabila sengaja meletakkan tanda pagar akaun Instagram Engku Emran dalam InstaStorynya.

Mereka dilihat tidak lagi berselindung walaupun masih tiada pengakuan daripada mulut Nabila mahupun Engku Emran.

Lucunya, ada juga netizen yang membuat dakwaan Nabila dan Engku Emran bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Mac depan.

Alahai banyak pula teka-teki dan spekulasi yang ditimbulkan oleh netizen. Macam mereka pula yang lebih tahu tentang hubungan Nabila dan Engku Emran. Apa pun, Emran juga sudah pandai kongsi gambar Nabila dalam Instagram.

Mengenali Emran, dia lelaki yang sangat menjaga privasi, tapi kalau dah berani nampakkan Nabila walaupun
samar-samar, memang nak bagi tahu betullah agaknya.

Tidak kisahlah sekiranya benar bercinta, tiada salahnya pun sebab kedua-dua mereka pun memang sedang solo. Semoga yang baik-baik untuk mereka berdua.

DIVA: Risteena dan Isa Khan dah kahwin, begitu juga Ashira dan Bad Indigo. Neelofa dan PU Riz bila lagi?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI